Tuesday 28 February 2012

Selamat datang intake baharu JQAF 2012

Assalamu'alaikum.

IPGKSM telah menerima lapan (8) orang pelajar baharu KPLI JQAF Ambilan Jan/Feb 2012 untuk ambilan yang ke-2. Penerimaan lapan orang pelajar baharu berkenaan mungkin berikutan sembilan (9) orang pelajar yang tidak melapor diri pada intake pertama Jan lalu. Apa-apa pun, tahniah dan selamat menjadi warga IPGKSM yang semakin dirindui ramai.

Selamat maju jaya!

Sunday 12 February 2012

Alamat Penempatan JQAF 2012

Assalamu'alaikum.

Semua Guru Pelatih JQAF ambilan Jan 2012 dikehendaki memaklumkan alamat penuh sekolah di mana mereka ditempatkan dalam kadar yang segera kepada Penyelaras JQAF IPGKSM. Sila berbuat demikian dengan menghantar email kepada : jqafksm@gmail.com.

Tindakan segera dapat membantu melicinkan urusan penghantaran surat jemputan Interaksi JQAF yang akan diadakan pada 11 hingga 15 Mac 2012 nanti. Surat jemputan akan dihantar kepada semua pelatih JQAF ambilan Jan 2012 melalui Guru Besar masing-masing.

Sekian, harap maklum.

Tuntutan/Claim GDL jQAF 2012

Assalamu'alaikum.

Sukacita dipanjangkan makluman berkenaan tuntutan yang layak dibuat oleh GDL jQAF.

Ketetapan sedia ada menyatakan bahawa tuntutan yang dibayar hanyalah sekali semasa penempatan, dan sekali semasa tamat latihan. Untuk interaksi bersemuka, pihak IPG belum mendapat arahan untuk membayar claim/tuntutan pelajar. Namun, segala usaha sedang dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan untuk memohon peruntukan dari Kerajaan agar claim interaksi jQAF (intake Jan 2012 yang melibatkan penempatan Sabah/Sarawak) ini dibayar. Berdoalah kita semua, agar segala usaha ini mendapat keputusan yang positif.

Sehubungan dengan itu, para pelajar berkenaan dinasihatkan merancang perjalanan mereka untuk menghadiri interaksi-interaksi yang ditetapkan dengan lebih awal. Perkara ini wajar diberikan perhatian kerana harga tiket penerbangan (jika berkaitan) lebih tinggi jika tempahan dilakukan dalam masa last-minute.

Sekian, harap maklum.

Sumber: Pegawai Kurikulum, IPGM Cyberjaya.

Saturday 11 February 2012

Update utk JQAF Sabah/Sarawak

Assalamu'alaikum.

Difahamkan oleh pihak-pihak yang berkenaan bahawa, para pelajar yang dapat penempatan Negeri Sabah dan Sarawak dikehendaki untuk terus menghubungi PPD yang berkaitan. Pihak PPD akan menguruskan anda, mungkin termasuk menjemput anda dari Airport sekiranya rundingan/perancangan dibuat lebih awal. Surat penempatan akan diberikan terus di PPD atau anda akan dihantar ke Sekolah terlebih dahulu dan surat penempatan akan datang kemudian.

Untuk memasuki Sabah dan Sarawak, orang Semenanjung dikehendaki memiliki Dokumen Perjalanan Terhad Malaysia (warna biru). DPT ini boleh diperolehi dari Pejabat Imigresen yang berdekatan. Bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan untuk tempoh DPT selama 5 tahun. Kebiasaannya, surat penempatan dan bahan bukti untuk berkhidmat di sana perlu dikemukakan.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak memiliki DPT atas sebab-sebab tertentu, anda juga akan dibenarkan memasuki Sabah dan Sarawak dengan mengisi borang di Kaunter Imigresen (Airport KK atau KCH). Tempoh laku dokumen tersebut adalah selama 2 minggu. Sesudah mendapat surat penempatan, anda boleh memohon DPT di pejabat Imigresen yang berdekatan Sekolah anda nanti.

Sekian, harap maklum.

Sumber: Pegawai JPN Sarawak, beberapa rakan JQAF IPGKSM yang telah dihubungi JPN Sabah.

Friday 10 February 2012

Penempatan oleh JPN Sabah

Assalamu'alaikum.

Berikut adalah penempatan yang dikeluarkan oleh JPN Sabah.

PPD KOTA KINABALU
NAJEHAH BINTI KAMARUDIN - SK GUDON, MENGGATAL


PPD KENINGAU
NOR ASIDAH BINTI SADENA ALI - SK PEKAN KENINGAU

PPD SANDAKAN
NOR HASYIMA BINTI MAHAMOOD - SK KARAMUNTING
NORZAKIAH BINTI HAMZAH - SK MERPATI
NURUL FATHILIAH BINTI ISMAIL - SK ST MARY CONVENT


PPD SEMPORNA
ANISMAZIHA BINTI MOHD ZIN - SK KAMPUNG SIMUNUL
ARNIZA BINTI IDRIS - SK KALUMPANG
NOOR FAZILAH BT SAPPIE - SK PEGAGAU
NOR HARTINI BINTI MOHAMAD - SK TANJUNG KAPOR
SALAHUDDIN BIN ZAINARIPIN - SK HAMPALAN


PPD LAHAD DATU
AHMAD NAJMI BIN AHMED FADZIL - SK SAHABAT-16
ASNANI BT CHE AZIZ - SK PEKAN LAHAD DATU


PPD BEAUFORT
FAIZAL BIN DERAMAN - SK SUASA
NOR NADIAH BINTI MOHD NAWAWI - SK LADANG LUMADAN


PPD BELURAN
ISMALIZA BINTI ISMAIL - SK PEKAN BELURAN

PPD KOTA MARUDU
CHE MOHD BAKRI BIN AB RAHMAN - SK SIMPANGAN

PPD KUALA PENYU
NABILAH BINTI ISMAIL - SK MELIKAI MENUMBOK

PPD PAPAR
SUMAIYAH BINTI NORBAWI - SK BENONI PAPAR

PPD SIPITANG
SARAH WAHIDA BINTI ABU BAKAR - SK PANTAI

Harap maklum.

Penempatan oleh JPN Sarawak

Assalamu'alaikum.

Berikut adalah senarai nama pelatih yang ditempatkan oleh JPN Sarawak.

PPD KUCHING
NIK MOHD SHABRUN JAMIL B. NIK MOHD NASIR - SK RAMPANGI
NOOR HIJRIAH BINTI DAUD - SK GEOBILT
NORLAINI BINTI CHE HAMID - SK GERSIK
SITI RAMAH BINTI SETAPA - SK GERSIK
NURUL AFIFAH RASYADA BT MOHD SHUKRI - SK MATU BARU
NURUL HAFIZAH BT HALIM - SK SIOL KANAN
SUHAILA BINTI AHMAD - SK COMBINED
WAN RIFAH NADZIRAH BINTI RAZALI - SK BAKO


PPD SAMARAHAN
NUR AFIRA BINTI ZAINUDDIN - SK JALAN MUARA TUANG
SUZIELAWATI BINTI SEZALI - SK JALAN MUARA TUANG


PPD PADAWAN
WAN SUHAIDI BIN WAN SULAIMAN - SK RPR BATU KAWA


PPD LUNDU
RUWAIDA BT ZAKARIA - SK PUEH

PPD SRI AMAN
NOOR FARHANA ELEENA BINTI CHE LEH - SK TEMUDOK KEM
SHAHIMA BINTI SAFI'AI - SK ABANG AING
SITI NAIRUSYATI BINTI CHE AHMED - SK BAKONG


PPD BETONG
NAINMAH BINTI CHE ISMAIL - SK ABANG ABDUL KADIR
NORMAHANI BINTI ZAKARIA - SK BUNGIN
ZALINA BINTI RAMLI - SK TAMBAK


PPD BINTULU
NURUL ILIANA BT IBRAHIM - SK ASYAKIRIN
SITI NOR BINTI ABDUL RAHMAN - SK ASYAKIRIN
SALMI SUHANA BINTI MOHD@ABDULLAH - SK DESA LAVANG
SITI NOR ATIQAH BINTI ZULKARNAEN - SK AGAMA (MIS) BINTULU


PPD SARIKEI
NORUL IZATI BINTI DERAMAN - SK BUKIT KINYAU

PPD SIBU
NAZURAH BINTI MOHD ALI - SK SEDC
SITI HAFIZAH BINTI IBRAHIM - SK SIBU BANDARAN NO.2


PPD MUKAH
SUHAILAH BINTI HAMZAH - SK KG PETANAK


PPD MIRI
HALIMAHTUNSAADIAH BT ABD RAHMAN BAKRI - SK SAYED OTHMAN


PPD BELAGA
NOOR HAMIDAH BINTI YAACOB - SK ABUN MATU

PPD DARO
MOHD ISMARUDI B. AB RAHIM - SK SEMOP
NOOR AZIMAH BT MOHD NOOR - SK CAMPORAN
SALWA SAKINAH BINTI SULONG - SK ABANG GALAU


PPD LAWAS
MOHD RASYIDI BIN OTHMAN - SK PUNANG
NOOR AZILA BINTI  ABDUL RAHMAN - SK BELIPAT

NORA AZEAN BINTI CHE OTHMAN - SK AGAMA (MIS) LAWAS

PPD SEBAUH
SHAHIDA NURRIHIKA BINTI MUSTAPHA - SK PANDAN


Sebarang masalah sila hubungi :-
1. Ustaz Jaafar Belal - 0138390801
2. Ustaz Mohamed Zamri Basir - 0198871197
(Pen. Pengarah JQAF JPN Sarawak)


Sekian, harap maklum.

Tuntutan perjalanan JQAF 2012

Assalamu'alaikum.

Dimaklumkan kepada semua GDL JQAF ambilan Jan 2012. Anda dikehendaki menguruskan sendiri perjalanan ke Taklimat Penempatan yang akan diadakan oleh pihak JPN di mana anda ditempatkan. Termasuk urusan tempahan tiket kapal terbang (jika berkaitan). Anda semua dibenarkan untuk membuat tuntutan perjalanan*** yang tersebut berdasarkan ketetapan yang berikut:
  • Tiket kapal terbang sehala (kelas ekonomi) dari Bandar Utama ke Bandar Utama (cth: KUL - KCH). Bandar Utama bagi Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah Kuala Lumpur (KLIA/LCCT), bagi Sarawak adalah Kuching dan bagi Sabah adalah Kota Kinabalu.
  • Tambang bas dari tempat tinggal/IPG ke Kuala Lumpur (KLIA/LCCT) atau JPN berkaitan (semenanjung).
  • Tambang bas dari Airport KCH/KK ke JPN (Srw/Sbh).
  • Tambang bas dari JPN berkaitan ke Sekolah yang ditempatkan untuk latihan.
Sekian, harap maklum.

*** Sumber HEP. Tertakluk kepada Kelulusan Pihak IPGM. Sila simpan semua tiket!

Thursday 9 February 2012

Perkembangan terbaharu penempatan GDL JQAF

Assalamu'alaikum.

Berdasarkan perkembangan terbaharu, penempatan untuk latihan j-Qaf mulai sesi ini tidak sama sebagaimana j-Qaf yang lepas. Kalau dahulu pelatih j-Qaf akan ditempatkan selama setahun setengah di sesebuah sekolah, kemudian selepas tamat latihan mereka akan ditempatkan semula di sekolah yang sama selama 36 bulan barulah mereka layak memohon pertukaran. Namun mulai penempatan kali ini, pindaan perjanjian telah dibuat di mana klausa "bertugas di sekolah yang sama selama 36 bulan selepas latihan" telah ditiadakan.

Implikasi dari perubahan itu, pelatih j-Qaf akan menjalani latihan di sekolah yang ditetapkan oleh JPN dan menjelang tamat latihan setahun setengah mereka perlu memohon penempatan negeri melalui IPG tempat latihan itu diadakan, sama sebagaimana pelatih program pendidikan yang lain seperti KPLI, DPLI ataupun PISMP. Ini bermakna mereka bakal ditempatkan di sekolah atau negeri yang memerlukan khidmat dan perjawatan berkenaan di mana-mana di seluruh negara.

* Sumber: JPN Terengganu

Taklimat Penempatan JQAF 2012

Assalamu'alaikum.

Dimaklumkan bahawa taklimat penempatan bagi pelajar KPLI JQAF ambilan Jan 2012 akan diadakan secara serentak di seluruh negara mengikut ketetapan berikut:
  • Tarikh/Hari : 13 Februari 2012/Isnin
  • Masa : 0800 pagi (Pendaftaran) 0830 (Taklimat bermula)
  • Tempat : JPN Negeri masing-masing*
JPN Kelantan
  • Tempat : Dewan Bestari, SK Padang Garong 1 (bersebelahan JPNK).
JPN Terengganu
  • Tempat : Hotel Permai, Kuala Terengganu.
Harap maklum.

Penempatan JQAF 2012

KELANTAN
ABDUL SALAM BIN OSMAN
ALWI BIN MAT ZIN
ASMAA' BINTI HUSSAIN
FADIAH BINTI AZMI
FATIMAH BINTI ISMAIL
HUSNA BINTI ZAKARIA
MOHD AFFENDI BIN MAT ZIN
MOHD ISMIENAZIE BIN ISMAIL
MOHD KHAIRIL BIN AB HAMID
MOHD KHUZAIMAH BIN MOHD NOOR
MOHD SAIPULDDIN BIN DOLLAH
MOHD SHAZMIN BIN SUPIAN
MOHD. HELMI BIN YUSOFF
MUHAMMAD AQUAM BIN ABDUL MAJID
MUHAMMAD ARIF FADLI BIN IBRAHIM
NASUHA BT NOORDIN
NOORANIZA BINTI MOHD APANDI
NOR AFIZAH BT SEMSUDIN
NORHASIBAS BINTI HAMID
NUR ANIS BINTI CHE NOR @ SHUKRI
NURHAFIZAN BINTI MOHD NORDIN
NURUL ELYANNA BINTI JUSOH
NURUL MARSHIDA BINTI MOHAMAD
RAMLAN BIN ABDULLAH
ROS SYAZNI SYAZWI RAFFI BT ABD RASHID
ROSLAN BIN MOHD NOR
SITI AISYAH BINTI MOHD ZIN
SITI AISYAH BINTI ROMLI


TERENGGANU
AMIRAH BINTI MOHD RAFEE
FARIZAL BIN MOHAMAD
FAUZIANA BINTI SALLEH
HAJAR AISHAH YUSOH
LATIFAH BINTI MAT USOF
MASNI BINTI KADIR @ IBRAHIM
MOHD RAZIF BIN ABDUL RAHMAN
MOHD SHARIZAN BIN ABDULLAH
MOHD SHAWAL BIN TAHA
MOHD SUHAIRUL BIN SAIDI
MUHAMMAD HAFEZUDDIN BIN SHAHARUDIN
NIK MOHD AZRIN BIN MAT JALI
NOR FARIDAH BINTI ABDUL GHANI
NOR MADIHA BINTI MOHD NOOR
NORAMIZAH BINTI JUSOH
NORHAYATI BINTI MOHAMED
NORUSUHADAT BT AB MANAF
NORWAHIDA BINTI SALEH@ WAHID
NUR AMIZA BINTI YUSOF
NURUL EMY ROSAIEMY BT DILLAH
UMMAIRAH BINTI HALIM


SARAWAK
HALIMAHTUNSAADIAH BT ABD RAHMAN BAKRI
MOHD ISMARUDI B. AB RAHIM
MOHD RASYIDI BIN OTHMAN
NAINMAH BINTI CHE ISMAIL
NAZURAH BINTI MOHD ALI
NIK MOHD SHABRUN JAMIL B. NIK MOHD NASIR
NOOR AZILA BINTI  ABDUL RAHMAN
NOOR AZIMAH BT MOHD NOOR
NOOR FARHANA ELEENA BINTI CHE LEH
NOOR HAMIDAH BINTI YAACOB
NOOR HIJRIAH BINTI DAUD
NORA AZEAN BINTI CHE OTHMAN
NORLAINI BINTI CHE HAMID
NORMAHANI BINTI ZAKARIA
NORUL IZATI BINTI DERAMAN
NUR AFIRA BINTI ZAINUDDIN
NURUL AFIFAH RASYADA BT MOHD SHUKRI
NURUL HAFIZAH BT HALIM
NURUL ILIANA BT IBRAHIM
RUWAIDA BT ZAKARIA
SALMI SUHANA BINTI
MOHD@ABDULLAH
SALWA SAKINAH BINTI SULONG
SHAHIDA NURRIHIKA BINTI MUSTAPHA
SHAHIMA BINTI SAFI'AI
SITI HAFIZAH BINTI IBRAHIM
SITI NAIRUSYATI BINTI CHE AHMED
SITI NOR ATIQAH BINTI ZULKARNAEN
SITI NOR BINTI ABDUL RAHMAN
SITI RAMAH BINTI SETAPA
SUHAILA BINTI AHMAD
SUHAILAH BINTI HAMZAH
SUZIELAWATI BINTI SEZALI
WAN RIFAH NADZIRAH BINTI RAZALI
WAN SUHAIDI BIN WAN SULAIMAN
ZALINA BINTI RAMLI


SABAH
AHMAD NAJMI BIN AHMED FADZIL
ANISMAZIHA BINTI MOHD ZIN
ARNIZA BINTI IDRIS
ASNANI BT CHE AZIZ
CHE MOHD BAKRI BIN AB RAHMAN
FAIZAL BIN DERAMAN
ISMALIZA BINTI ISMAIL
NABILAH BINTI ISMAIL
NAJEHAH BINTI KAMARUDIN
NOOR FAZILAH BT SAPPIE
NOR ASIDAH BINTI SADENA ALI
NOR HARTINI BINTI MOHAMAD
NOR HASYIMA BINTI MAHAMOOD  
NOR NADIAH BINTI MOHD NAWAWI
NORZAKIAH BINTI HAMZAH
NURUL FATHILIAH BINTI ISMAIL
SALAHUDDIN BIN ZAINARIPIN
SARAH WAHIDA BINTI ABU BAKAR
SUMAIYAH BINTI NORBAWI


SELANGOR
NOR RIDWANA BINTI ISMAIL
NOR RULASHIKINE BINTI RAMLEE
NORAH IBTISAM BINTI YUSOFF
NORAYUNI BINTI MOHD NOOR
NUR AZLIZA NIRWANA BINTI MAT GHANI
NURUL BINTI CHE KAMALUDIN
NURUL HAKIM BINTI MD NOOR
RAHAYU BINTI MOHAMED
SITI AZWINA BINTI MOHAMED ZAINUDIN
SITI NOORUZUBAIDAH BINTI ZULKIFLI
SITI SARA BINTI SHAFII


JOHOR
NURMAHFUZAH BINTI MAHAMADDIN

WP KUALA LUMPUR
MOSHEN B. MUSTAFA

Wednesday 8 February 2012

Interaksi Mac 2012

Assalamu'alaikum.

Interaksi bersemuka untuk KPLI JQAF ambilan Januari 2012 yang pertama telah ditetapkan pada 11 hingga 15 Mac 2012 bagi negeri-negeri Kumpulan A (Kelantan, Terengganu dan Kedah). Keputusan ini dikeluarkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui surat arahan no. rujukan: KP(IPG)8282/600/1(32) bertarikh 1 Februari 2012 yang ditandatangani oleh Datuk Rektor IPGM.

Surat panggilan kursus/interaksi akan dikeluarkan oleh pihak IPG Kampus masing-masing kepada para pelajar yang berkenaan melalui Guru Besar Sekolah di mana mereka ditempatkan.

Sekian, harap maklum. Wassalam.

Tuesday 7 February 2012

Praktikum JQAF 2011

Assalamu'alaikum.

Dimaklumkan satu taklimat Guru Pembimbing Praktikum JQAF Ambilan Januari 2011 (Major Bahasa Arab Sahaja) akan diadakan seperti butiran berikut:
  • Tarikh/Hari : 08 Februari 2012/Rabu
  • Masa : 0800 pagi hingga 0430 petang
  • Tempat : Dewan Kuliah Ibnu Khaldun, IPGKSM.
  • Anjuran : Unit Praktikum, IPGKSM
Harap maklum. Wassalam.

* Sumber: Unit Praktikum, IPGKSM

Maklumat terkini penempatan JQAF 2012

Assalamu'alaikum.

Sila ambil perhatian kepada tarikh-tarikh berikut:
  • 08.02.2012 : Senarai nama penempatan JQAF 2012 (ketetapan Negeri untuk latihan) akan dikeluarkan oleh pihak KPM. Salinan akan dipanjangkan kepada IPG di mana para pelajar mendaftar sebagai pelajar;
  • 13.02.2012 : Taklimat penempatan akan diadakan di setiap JPN Negeri. Para pelajar yang terlibat (di tempatkan di Negeri berkenaan) dikehendaki melapor diri ke JPN yang berkenaan. (Cth: Pelajar yang ditempatkan di Negeri Terengganu perlu melapor diri ke JPN Terengganu). Taklimat ini akan diadakan serentak di seluruh Negara.
Harap maklum. Wassalam.

Monday 6 February 2012

Model-model Program JQAF

Enam (6) model telah dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam program JQAF; iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum.

Model-model pengajaran adalah seperti :

1. Model Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diajar oleh guru khas pemulihan jawi (JQAF) dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

Melalui model ini, para pelajar yang tidak mencapai tahap sepatutnya dalam kelas biasa akan dipisahkan untuk menjalani pemulihan secara klinikal oleh guru-guru JQAF. Apabila mereka sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, mereka akan diserapkan semula ke dalam kelas biasa. Sekiranya semua pelajar dalam sesuatu kelas telah mencapai tahap yang memuaskan, maka guru JQAF hendaklah memulakan aktiviti pengayaan Jawi. Para pelajar dipilih dalam bilangan yang kecil untuk tujuan tersebut. Begitulah seterusnya sehingga para pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan cemerlang dan berkesan.

2. Model Enam (6) Bulan Khatam al-Quran

Model 6 Bulan Khatam al-Quran dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan  peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan menggunakan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran (menyambung bacaan al-Quran tanpa perlu menunggu rakan-rakan dalam kumpulannya yang sedang membaca IQRA).

3. Model Tasmik

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah.

4. Model Bahasa Arab

Bahasa Arab yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih bahasa Arab sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

5. Model Kem Bestari Solat

Model Kem Bestari Solat (KBS) dilaksanakan selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan empat (4) kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan  kepada guru pendidikan Islam.

Manakala model kokurikulum pula terbahagi kepada:

1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Majlis Khatam al-Quran;
4. Kem Literasi al-Quran; dan
5. Pertandingan Bahasa Arab.

Saturday 4 February 2012

Interaksi jQAF Mac 2012

Assalamu'alaikum.

Untuk makluman, pada bulan Mac 2012 iaitu pada masa cuti pertengahan penggal persekolahan ini akan diadakan interaksi bagi kumpulan jQAF Ambilan Januari 2012. Setiap pelajar dikehendaki memiliki modul-modul yang berkaitan dalam bentuk hard copy. Bukan itu saja, para pelajar juga dikehendaki membaca modul-modul berkaitan terlebih dahulu, menjawab segala persoalan yang dikemukakan dalam modul seterusnya menyediakan minda, mood dan sebagainya agar proses interaksi bersama para pensyarah akan berjalan dengan lancar.

Modul-modul yang akan digunakan adalah seperti berikut:

JQAF Major Pengajian Islam :
JQAF Major Bahasa Arab :
Sila muat turun modul-modul di atas, print out dan bawa untuk interaksi nanti.

Wassalam.

p/s: Modul Ilmu Pendidikan akan dimuat naik dalam masa terdekat. Harap maklum.

Friday 3 February 2012

Praktikum jQAF 2011

Assalamu'alaikum wbt.

Ucapan selamat menjalani praktikum kepada semua pelajar jQAF IPGKSM yang bermula pada 29 Januari 2012. Segala persediaan yang sepatutnya hendaklah diadakan agar proses penyeliaan berjalan dengan lancar. Teguran membina daripada para penyelia ada bertujuan meningkatkan kualiti anda untuk menggalas tugas sebagai guru yang kian mencabar saban masa.

Selamat berpraktikum! Wassalam.

Minggu Pengurusan Kurikulum j-QAF 2012

Assalamu'alaikum.

Minggu Pengurusan Kurikulum j-QAF ambilan Jan 2012 akan diadakan seperti maklumat berikut:
  • Tarikh: 6 hingga 9 Februari 2012
  • Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
  • Tempat: Dewan Kuliah Al-Kindi, IPGKSM
Pengisian akan dikendalikan oleh para pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) IPGKSM, Unit-unit yang terlibat, Penolong Pengarah j-QAF yang diundang dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, JPN Kelantan dan Jurulatih Utama KSSR Negeri Terengganu.

Kehadiran pelajar adalah wajib. Kegagalan berbuat demikian mungkin akan menyebabkan kelewatan posting atau dikenakan tindakan disiplin mengikut akta yang sedang berkuatkuasa.

Harap maklum.

Wassalam.

p/s: Muat turun jadual Minggu Pengurusan Kurikulum j-QAF 2012.

Thursday 2 February 2012

Selamat datang

Assalamu'alaikum.


Selamat datang ke laman blog JQAF IPG KSM. InsyaAllah, melalui medium ini, kami akan berkongsi perkara-perkara yang berkaitan dari semasa ke semasa. Sebagai panduan para pensyarah, para pelajar dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan pelaksanaan JQAF di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu Darul Iman.

Semoga kehadiran blog ini bemanfaat. Segala teguran membina amat dialukan.


Wassalam.