Tuesday 6 March 2012

Tapak baharu

Assalamu'alaikum.

Blog JQAF IPGKSM telah bertukar ke tapak baharu seperti berikut:

http://jqafksm.ustzamri.com/

Sekian, harap maklum.

Monday 5 March 2012

Interaksi JQAF Mac 2012

Assalamu'alaikum.

Adalah dimaklumkan bahawa, interaksi bersemuka KPLI JQAF Ambilan Januari 2012 akan berlangsung seperti ketetapan yang berikut:
Surat panggilan telah dihantar oleh pihak HEP kepada para pelajar yang berkenaan. Untuk rujukan, sila download di sini.

Bagi pelajar yang ditempatkan ke Sabah dan Sarawak, untuk interaksi KALI INI (MAC 2012) sahaja, anda dibenarkan hadir ke IPGKSM untuk interaksi berkenaan, iaitu bagi mereka yang telah merancang perjalanan tersebut (menempah tiket penerbangan dsb) secara lebih awal. Untuk tujuan ini, tiada sebarang surat khusus akan dikeluarkan kepada para pelajar kerana semua IPG yang terlibat telah sedia maklum. (Sumber: IPGM Cyberjaya).

Bagi melancarkan proses interaksi, para pelajar dinasihatkan sekali lagi untuk mencetak modul-modul yang telah dibekalkan semasa minggu pengurusan, MEMBACANYA, dan bersedia dengan menjawab segala persoalan yang berkaitan di dalam modul. (Jangan datang tangan kosong saja ya).

Sekian, harap maklum. Wassalam.

Tuesday 28 February 2012

Selamat datang intake baharu JQAF 2012

Assalamu'alaikum.

IPGKSM telah menerima lapan (8) orang pelajar baharu KPLI JQAF Ambilan Jan/Feb 2012 untuk ambilan yang ke-2. Penerimaan lapan orang pelajar baharu berkenaan mungkin berikutan sembilan (9) orang pelajar yang tidak melapor diri pada intake pertama Jan lalu. Apa-apa pun, tahniah dan selamat menjadi warga IPGKSM yang semakin dirindui ramai.

Selamat maju jaya!

Sunday 12 February 2012

Alamat Penempatan JQAF 2012

Assalamu'alaikum.

Semua Guru Pelatih JQAF ambilan Jan 2012 dikehendaki memaklumkan alamat penuh sekolah di mana mereka ditempatkan dalam kadar yang segera kepada Penyelaras JQAF IPGKSM. Sila berbuat demikian dengan menghantar email kepada : jqafksm@gmail.com.

Tindakan segera dapat membantu melicinkan urusan penghantaran surat jemputan Interaksi JQAF yang akan diadakan pada 11 hingga 15 Mac 2012 nanti. Surat jemputan akan dihantar kepada semua pelatih JQAF ambilan Jan 2012 melalui Guru Besar masing-masing.

Sekian, harap maklum.

Tuntutan/Claim GDL jQAF 2012

Assalamu'alaikum.

Sukacita dipanjangkan makluman berkenaan tuntutan yang layak dibuat oleh GDL jQAF.

Ketetapan sedia ada menyatakan bahawa tuntutan yang dibayar hanyalah sekali semasa penempatan, dan sekali semasa tamat latihan. Untuk interaksi bersemuka, pihak IPG belum mendapat arahan untuk membayar claim/tuntutan pelajar. Namun, segala usaha sedang dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan untuk memohon peruntukan dari Kerajaan agar claim interaksi jQAF (intake Jan 2012 yang melibatkan penempatan Sabah/Sarawak) ini dibayar. Berdoalah kita semua, agar segala usaha ini mendapat keputusan yang positif.

Sehubungan dengan itu, para pelajar berkenaan dinasihatkan merancang perjalanan mereka untuk menghadiri interaksi-interaksi yang ditetapkan dengan lebih awal. Perkara ini wajar diberikan perhatian kerana harga tiket penerbangan (jika berkaitan) lebih tinggi jika tempahan dilakukan dalam masa last-minute.

Sekian, harap maklum.

Sumber: Pegawai Kurikulum, IPGM Cyberjaya.