Thursday 9 February 2012

Perkembangan terbaharu penempatan GDL JQAF

Assalamu'alaikum.

Berdasarkan perkembangan terbaharu, penempatan untuk latihan j-Qaf mulai sesi ini tidak sama sebagaimana j-Qaf yang lepas. Kalau dahulu pelatih j-Qaf akan ditempatkan selama setahun setengah di sesebuah sekolah, kemudian selepas tamat latihan mereka akan ditempatkan semula di sekolah yang sama selama 36 bulan barulah mereka layak memohon pertukaran. Namun mulai penempatan kali ini, pindaan perjanjian telah dibuat di mana klausa "bertugas di sekolah yang sama selama 36 bulan selepas latihan" telah ditiadakan.

Implikasi dari perubahan itu, pelatih j-Qaf akan menjalani latihan di sekolah yang ditetapkan oleh JPN dan menjelang tamat latihan setahun setengah mereka perlu memohon penempatan negeri melalui IPG tempat latihan itu diadakan, sama sebagaimana pelatih program pendidikan yang lain seperti KPLI, DPLI ataupun PISMP. Ini bermakna mereka bakal ditempatkan di sekolah atau negeri yang memerlukan khidmat dan perjawatan berkenaan di mana-mana di seluruh negara.

* Sumber: JPN Terengganu

No comments:

Post a Comment