Saturday 11 February 2012

Update utk JQAF Sabah/Sarawak

Assalamu'alaikum.

Difahamkan oleh pihak-pihak yang berkenaan bahawa, para pelajar yang dapat penempatan Negeri Sabah dan Sarawak dikehendaki untuk terus menghubungi PPD yang berkaitan. Pihak PPD akan menguruskan anda, mungkin termasuk menjemput anda dari Airport sekiranya rundingan/perancangan dibuat lebih awal. Surat penempatan akan diberikan terus di PPD atau anda akan dihantar ke Sekolah terlebih dahulu dan surat penempatan akan datang kemudian.

Untuk memasuki Sabah dan Sarawak, orang Semenanjung dikehendaki memiliki Dokumen Perjalanan Terhad Malaysia (warna biru). DPT ini boleh diperolehi dari Pejabat Imigresen yang berdekatan. Bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan untuk tempoh DPT selama 5 tahun. Kebiasaannya, surat penempatan dan bahan bukti untuk berkhidmat di sana perlu dikemukakan.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak memiliki DPT atas sebab-sebab tertentu, anda juga akan dibenarkan memasuki Sabah dan Sarawak dengan mengisi borang di Kaunter Imigresen (Airport KK atau KCH). Tempoh laku dokumen tersebut adalah selama 2 minggu. Sesudah mendapat surat penempatan, anda boleh memohon DPT di pejabat Imigresen yang berdekatan Sekolah anda nanti.

Sekian, harap maklum.

Sumber: Pegawai JPN Sarawak, beberapa rakan JQAF IPGKSM yang telah dihubungi JPN Sabah.

No comments:

Post a Comment