Friday 10 February 2012

Tuntutan perjalanan JQAF 2012

Assalamu'alaikum.

Dimaklumkan kepada semua GDL JQAF ambilan Jan 2012. Anda dikehendaki menguruskan sendiri perjalanan ke Taklimat Penempatan yang akan diadakan oleh pihak JPN di mana anda ditempatkan. Termasuk urusan tempahan tiket kapal terbang (jika berkaitan). Anda semua dibenarkan untuk membuat tuntutan perjalanan*** yang tersebut berdasarkan ketetapan yang berikut:
  • Tiket kapal terbang sehala (kelas ekonomi) dari Bandar Utama ke Bandar Utama (cth: KUL - KCH). Bandar Utama bagi Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah Kuala Lumpur (KLIA/LCCT), bagi Sarawak adalah Kuching dan bagi Sabah adalah Kota Kinabalu.
  • Tambang bas dari tempat tinggal/IPG ke Kuala Lumpur (KLIA/LCCT) atau JPN berkaitan (semenanjung).
  • Tambang bas dari Airport KCH/KK ke JPN (Srw/Sbh).
  • Tambang bas dari JPN berkaitan ke Sekolah yang ditempatkan untuk latihan.
Sekian, harap maklum.

*** Sumber HEP. Tertakluk kepada Kelulusan Pihak IPGM. Sila simpan semua tiket!

No comments:

Post a Comment